Monday, August 13, 2007

PERLUKAH.....

Lihat pada permukaan kelihatannya terlalu tenang
Pandang pada zahir tampaknya begitu sempurna
Tapi dalam hati yang terpendam kepedihan

Perlukah dikhabarkan apa yang dialami
Perlukah diluahkan apa yang dirasai
Perlukah dikongsi apa yang ditanggungi

Biarlah segalanya tersimpul rapi dalam lubuk hati
Cukuplah hanya padaNYA diberitakan segalanya
Kerana hanya DIA yang mengerti segalanya
Kekuatan diri hanya terletak padaNYA
Masih disini semata keranaNYA

Moga saat kepulangan dalam redhaNYA...


Jumaat, 10 Ogos 2007
7.54 p.m

No comments: