Wednesday, April 4, 2007

LUKA SEKEPING HATI

Senyuman tanpa makna
Tangisan tanpa airmata
Itulah diriku
Tiada lagi kegembiraan menusuk kalbu
Tiada lagi kesedihan meruntun hati
Tiada lagi kebahagiaan meresap di jiwa

Seluruh rasa telah terkubur
Segenap perasaan telah pergi
Mengiringi kepulangan Bonda ke pangkuan Ilahi
Yang tinggal hanyalah jasad
Jasad yang masih lagi bernyawa
Yang masih perlu teruskan hidup

Akan kuteruskan hidup ini
Akan kuharungi segenap keperitan
Akan kutelan segala kepahitan
Menghitung waktu,
Sehingga diri ini juga dijemput pulang

Ya ALLAH
Jangan biarkan kutewas
Jangan lepaskan kuhanyut
Kurniakan aku kekuatan
Kerana ku tahu cinta haqiqi hanyalah padaMU

al_asyiq
Jumaat, 6/1/06
7.16 p.m

No comments: