Monday, July 30, 2007

....USIA....

Semakin bertambah usia diri, semakin berkurang usia kehidupan... semakin singkat pula waktu untuk beramal lantaran detik kematian semakin menghampiri.....



.: SEMOGA SEMAKIN MENGHARGAI DETIK YANG MASIH BERNADI :.


Tuesday, July 17, 2007

SEBUAH PERSIMPANGAN....

Hidup bagai dipersimpangan antara pelbagai pilihan, samaada tepat atau tidak
Yang pasti manusia takkan tahu dan tidak pernah tahu kecuali perlu diharungi terlebih dahulu berbekalkan tawakkal dan doa padaNYA…sekurang-kurangnya telah berjaya membuat keputusan diantara pilihan yang ada….bukan mudah untuk membuat pilihan..kekadang satu keputusan menentukan haluan masa depan, luruskah atau bersimpang-siur….dan pilihan menuntut pengorbanan, tidak mungkin dapat mengendongnya pada satu masa, harus lepaskan salah satu atau terus rebah tersungkur…demi mencapai satu cita-cita perlu korbankan mungkin sepuluh perkara yang lain…


Diibaratkan sedang mendayung sampan ditengah lautan…sampan kesayangan yang begitu cantik, unik ,amat bernilai dan mungkin hanya satu didunia …. namun pabila bertemu dengan kapal terpaksa membuat pilihan....antara kapal dan sampan ...akhirnya kapal menjadi pilihan kerana berpegang pada matlamat asal untuk tiba cepat ditepian…dan dengan penuh keberatan sampan ditinggalkan lalu kapal dinaiki walaupun tidak mustahil kapal itu karam sebelum tiba ditepian…namun hidup ini sebuah harapan….selagi harapan itu berbunga selagi itulah manusia akan terus hidup….dan harapan ini tetap menggunung moga cepat dan selamat tiba ke destinasi……sungguh sukar untuk membuat keputusan ini, moga inilah pilihan yang terbaik….tawakkaltu a’lallah……
al_asyiq
Selasa, 10 Julai 2007