Friday, May 18, 2007

Wasiat Terakhir Assyahid Sayyid Qutb rahimahullah:


“Apabila kita hanya hidup untuk kita,
hidupnya amatlah singkat,
bermula dari bermulanya kita
dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.
Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita,
hidup kerana fikrah,
sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam.
Bermula dari bermulanya manusia di bumi ini,
jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan,
kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian
kerana perjuangan yang belum mencapai matlamat.
Ingatlah bukan kita yang memulakannya
dan bukan kita yang mengakhirinya.
Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai
dalam satu perjuangan yang panjang.”



Monday, May 7, 2007

TABIR SEPI


Hembusan bayu mengelus lembut
Mendamaikan jiwa, merangsang nurani
Perasaan ini mula bergetar
Detik itu, sepi melingkari jiwa
Menggigit perasaan
Bertarung di relung sanubari

Suka duka, tawa sendu menjadi satu
Hati ini lemas di kolam rasa
Ujian dan dugaan bertali arus
Mampukah untukku terus merenanginya

Bukan tidak redha, apalagi berputus asa
Namun diri ini lemah, tidak berdaya
Alangkah faqirnya disisi Robbul Jalil
Mengadu di setiap helaan nafas
Merintih di setiap denyutan nadi

Ku hadapkan hati ini padaMU
Ku sembahkan seluruh jiwa raga
Berpaksikan segunung harapan
Bertatahkan kerdipan doa

Dalam kesepian kutemui sinar

Cahaya menyinari kesuraman hati
Lantas kumengerti
Sepi itu indah
Sepi itu bahagia
Sepi itu ketenangan
Anugerah buat yang terpilih

Saat sepi,
Ku masih tega melangkah mengharungi ujian
Tika sepi,
Ku menginsafi hakikat diri
Kealpaan di sebalik ketaatan
Kala sepi
Ku tenun cinta abadi nan syahdu
Penuh khudhu’ bersulamkan kekhusyukan

Dan kini,
Ku menjadi sang pemburu
Memburu sepi yang kian menjauh
Diri ini pastinya bahagia
Selagi sepi mengulit rasa….


al_asyiq
Jumaat, 4 Mei 2007
4.20 pm.